Wednesday, 11 July 2012




Ismi Ahmad Fairuz baru pulang dari Kolkata, India iaitu lawatan percutian anjuran institusi tempat beliau  bekerja (MRSM Tawau) yang diadakan entah berapa tahun sekali. Untunglah beliau dapat pengalaman melawat tempat orang, dikala kesibukan di tempat sendiri oleh kerja dan tugasan yang banyak menekan diri  ada juga bagusnya 'release tension' bercuti-cuti di samping menambah  pengalaman dan melihat-lihat keadaan masyarakat dunia yang pelbagai budaya. Harap nanti aku pun berkesempatan untuk ke India, dapat lah merasa negara Idola ku iaitu ShahRukh Khan. Walau apa pun, Syukur Alhamdulillah atas pengalaman hidup di dunia, selamat kembali ke tanah air. Moga pengalaman di sana menjadi  kenangan manis dalam hidup dan dapat memberi pengajaran kepada diri sendiri sekiranya ada iktibar yang dapat diambil. Sekian, Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh~ Ismi Ahmad Fairuz...dan sahabat-sahabat sekalian.

1 comment: