Saturday, 21 July 2012

Ramadhan Di Perantauan


Ramadhan Di Perantauan buat kali ke-2
Alhamdulillah berkesempatan aku untuk Tahun ini
DiKala..
Kesunyian dirasa terkenangkan keluarga di Kampung
Sangat aku
Merindukan suasana Puasa di Sana
Merindukan suasana Bazar Semporna yang Permai
Merindukan suasana bersahur di Rumah
Merindukan masakan Mak ku yang sudah biasa di LidahKu ni
Yang aku tercari-cari selalu.. 
Namun
Disebabkan keadaan aku biarkan kerinduan tu Berlalu
Aku teruskan Hidup dengan Beribadah di bulan Ramadhan yang Mulia ini
Di Samping mengejar kesibukan Belajar
Walaupun Rindu yag teramat...Terasa juga indahnya Ramadhan
Keluarga di Kejauhan,
si Dia yang sentiasa ada Untuk Ku,
Sahabat yang berada di Sisi.
Bersyukur kepada Allah Ta'ala kerana mengurniakan kebahagiaan
yang bermakna dalam Hidup ini..AllahuAkbar~
-Salam Ramadhan Ya Sahabat-





Wednesday, 11 July 2012




Ismi Ahmad Fairuz baru pulang dari Kolkata, India iaitu lawatan percutian anjuran institusi tempat beliau  bekerja (MRSM Tawau) yang diadakan entah berapa tahun sekali. Untunglah beliau dapat pengalaman melawat tempat orang, dikala kesibukan di tempat sendiri oleh kerja dan tugasan yang banyak menekan diri  ada juga bagusnya 'release tension' bercuti-cuti di samping menambah  pengalaman dan melihat-lihat keadaan masyarakat dunia yang pelbagai budaya. Harap nanti aku pun berkesempatan untuk ke India, dapat lah merasa negara Idola ku iaitu ShahRukh Khan. Walau apa pun, Syukur Alhamdulillah atas pengalaman hidup di dunia, selamat kembali ke tanah air. Moga pengalaman di sana menjadi  kenangan manis dalam hidup dan dapat memberi pengajaran kepada diri sendiri sekiranya ada iktibar yang dapat diambil. Sekian, Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh~ Ismi Ahmad Fairuz...dan sahabat-sahabat sekalian.

Monday, 9 July 2012


Salam perkenalan di dalam blog baru aku....pertama-pertama sekali, terima kasih kepada sahabat ku Faizal Maksil sebab beri tunjuk ajar dalam berblog ini. Jasa mu amat dihargai.
Pada hari ini bermula lah perjalanan hidup blog Mohammad Nawawi Badarun yang akan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa. Jadi, kepada anda ya sahabat-sahabatku..teruskan hari-hari anda dengan kesabaran dan ketenangan. Assalam~

Gambar di atas menunjukkan imej yang akan aku aplikasikan pada malam ini, bersukan dengan bermain futsal di Hulu Bernam court, belakang masjid~ Selamat Beraksi.
Selamat Datang ya Sahabat~